Tuesday, 17 January 2017

Persediaan Wanita Kumpul Harta Sendiri

Sangat setuju kenyataan ini. Untuk gegadis, wanita-wanita kumpul harta rumah, kereta sendiri. Bila jadi sesuatu kita sudah ada harta untuk masa depan. Kita hanya merancang yang terbaik, tetapi perancangan Allah itu mengatasi segalanya. Kita sendiri tak dapat menjangka apa bakal terjadi dengan kehidupan akan datang. Jika sudah berkahwin, adakah kekal bahagia perkahwinan kita, adakah berlaku gelora di tengah jalan. Semua itu bukan dalam jangkaan kita. Jadi sememangnya persediaan ini amatlah diperlukan terutamanya untuk kita sebagai wanita. 

Alhamdulillah syukur sangat, sebelum ini hampir 10 tahun perkahwinan aku berjaya juga kumpul harta sendiri. Beli kereta sendiri, beli rumah sendiri. Kononnya rumah yang aku beli tu untuk membina keluarga, membesarkan anak-anak. Tapi kita hanya merancang, Allah lebih tahu apa yang terbaik. Hampir 3 tahun sahaja kami duduk di sana. Dan akhirnya bila perkahwinan aku berakhir dengan dia, aku tinggal dengan Ma dan Abah. Rumah tersebut aku sewakan. Syukur kerana semuanya aku beli dengan duit aku sendiri, tanpa gunakan nama dia atau perkongsian bersama. Sekurangnya aku tak perlulah turun naik mahkamah lagi semata-mata untuk buat tuntutan hak ini.

Hampir menitis air mata. Sebak sungguh rasa. Kerana di situ pengharapan aku untuk bersama membesarkan anak-anak. Tapi akhirnya punah. Mula-mula memang emosi tak berapa stabil, tapi dah lebih sebulan berlalu selepas rumah disewakan, pendapatan pun dapat daripada sewa rumah tersebut, aku jadi suka la kan. Alhamdulillah sekurangnya harta rumah tersebut dapat membantu untuk aku buat belanja anak-anak. 

Itulah ma dan abah pernah cakap sebelum ni. Walaupun perkahwinan aku berakhir, tapi sekurangnya aku perlu bersyukur, rezeki aku masih ada, aku ada kereta dan rumah sendiri, dan ada 2 orang anak. Pekerjaan pun ok, bisnes pun bertambah ok. 

Ya syukur dan redha itu yang paling utamanya. Alhamdulillah menghampiri setahun sudah perkahwinan ini berakhir. Semoga ada jodoh, yang Allah tentukan dengan yang lebih baik dari sebelumnya insya Allah.

Nikmat Malam Bersama Ma Abah

Teks : Anys Idayu Zakaria

Sedang elok saya meratah jagung rebus pasar malam petang tadi, Ma datang bawa nasi sepinggan penuh untuk abah. Abah kata tak habis makan seorang. Ma kata tak pe, jangan risau. Kita makan bahagi tiga. Jawabnya sayalah seorang lagi tu. Punah dietku malam ni, konon-konon tak nak makan. Tapi melihat kari penuh semangkuk, nasi sepinggan kecil dan makan bersama-sama Ma dan abah habis juga makan malam kami, walaupun dah lewat.  Itulah nikmat makan bersama.

Anys idayu zakaria
Catatan Harian.

Wednesday, 4 January 2017

Minggu Orentasi Sekolah

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 Minggu orentasi sekolah, macam-macam kisah anak sekolah. Anak berorentasi di sekolah, mak-mak di rumah juga berorentasi nak bagi sesuaikan diri dan mood supaya lebih sado hehe.

Sudah nak masuk seminggu ni kakak masih mood baik-baik sahaja bangun pagi. Cumanya setiap hari balik sekolah pasti ada sahaja info terkini, mama esok kena bawa duit RM5 beli buku ini, esok bawa RM3 beli buku itu. Sampai kesudah asyik beli buku sahaja. Garu kepala mama. Hari ni pulak mengadu nak demam. Aduhaii sehari lagi sekolah esok nak. Jangan buat pasal. 
 
Adik punya cerita hari pertama sekolah, balik belum apa-apa terus tumbang tidur sampai ke pagi. Penat sangat agaknya. Hari ini punya cerita kena tunggu balik nanti apa pula kisahnya.





Tuesday, 3 January 2017

Terima Kasih Ma Abah

Teks : Anys Idayu Zakaria

Syukur Ya Allah diam tak diam rupanya sudah hampir masuk setahun rupanya saya tinggal semula bersama Ma dan Abah. Allah bagi peluang untuk rasai semula nikmat kasih sayang mereka. Allah beri peluang untuk sayang terus berbakti pada mereka selagi mereka masih ada.

Doa dan sokongan Ma dan Abah yang tak pernah putus-putus, sepanjang saya mengharungi kesedihan dan kekecewaan satu ketika dulu. Alhamdulillah kerana doa mereka saya berusaha untuk merealisasikan impian dan harapan mereka.

Ya Allah selagi kesempatan masih ada, Engkau berilah peluang ini berterusan untuk aku terus berbakti kepada Ma dan Abah. Tunaikanlah segala impian dan hajat mereka. Berilah kesihatan yang baik kepada mereka untuk beribadah kepadaMu. Doaku haramkanlah api neraka ke atas tubuh badan kedua ibu bapaku dan kurniakan syurga untuk mereka.

Terima kasih Ma Abah. Jasa dan pengorbanan sehingga ke saat ini tak mampu untuk KakLong balas.