Tuesday, 7 March 2017

Selamat Hari Wanita

Teks : Anys Idayu Zakaria

Wanita kau sumber inspirasi, kau penawar duka.  Adakala ketika kau menangis kesakitan, tiada siapa yang tahu keperitan dan kesedihan itu. Semuanya hanya untuk beri yang terbaik untuk mereka di sekeliling.

SELAMAT HARI WANITA untuk kalian wanita hebat. Apa jua status, kalian tetap hebat di mata mereka yang tersayang.

Wednesday, 22 February 2017

Mohon Allah Kuatkan Hati

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Bekerja, belajar, berbisnes, juga sebagai ibu dan bapa di rumah. Ada yang minta saya kongsi tips. 

Tiada tips yang hebat. Bila itu pilihan, ketentuan dan jalan yang dipilih tandanya kita sudah bersedia fizikal dan mental. Selebihnya mohon Allah kuatkan hati untuk menempuh hari-hari yang dilalui.

Adakala stress, terjatuh, terduduk, menangis sendiri. Simpan kemas tidak perlu tunjuk pada khalayak. Juga tidak perlu tunjuk kita hebat.

Kasih sayang

Teks : Anys Idayu Zakaria

Kau percaya dengan makhluk halus dan gangguan. Kisah ini bukanlah kisah makhluk halus atau kisah hantu. Hanya sedikit pengalaman yang aku alami.

Setahun lepas, ketika aku dalam proses perceraian, aku sebenarnya hampir terlepas pandang perihal anak-anak. Mungkin sibuk melayan emosi yang tak stabil. Rupanya tempias emosi turut terkena pada Ira.

3 bulan pertama, Ira terlalu asyik memberontak. Langsung tak pernah nak ikut nasihat aku. Dengan keadaan dan situasi aku sendiri yang masih huru hara, puas juga ikhtiar. Akhirnya aku terdetik mahu cuba perubatan Islam.

Jadi aku telah merancang memanggil seorang ustaz ke rumah untuk mengubati masalah yang dihadapi, dan juga sebagai pemulih semangat untuk aku dan anak-anak.

Hari yang dirancang tiba. Seorang ustaz telah datang ke rumah dan cuba merawati masalah yang dialami. Setelah hampir sejam berubat, menurut beliau memang ada makhluk halus yang menumpang di bahagian kaki Ira. Kelakuannya jadi malas dan suka melawan. Tambah pula, dengan masalah yang aku alami sedikit sebanyak turut mengganggu emosinya.

Alhamdulillah selepas ustaz tersebut membuangnya dengan membaca Ayat-ayat Ruqyah, Ira bertambah baik. Aku belajar memahami emosi Ira.

Apa yang dapat aku simpulkan

1. Memang betul, emosi anak-anak terganggu apabila ibu bapa bermasalah

2. Gangguan itu mudah datang, tidak kira pada kanak-kanak atau orang dewasa.

3. Anak juga berhak untuk dapat lebih perhatian walaupun ibu bapa sendiri dilanda stress

4. Diri sendiri memainkan peranan untuk terus kuat melangkah, supaya anak juga dapat meminjam kekuatan kita.

#traveloganies
Aku yang terus kuat melangkah.

Monday, 20 February 2017

Taqwa kepada Allah

Kesukaran dan kepayahan bukan terletak pada masalah yg dihadapi, bukan juga pada ujian yg menduga diri. Ketika orang lain mampu menghadapi masalah dan ujian serupa, kenapa kita takut untuk turut menanganinya? Malah jika ada yg tidak berdaya, kenapa perlu kekal seperti mereka sedang anda boleh berusaha jadikan diri sendiri pelopornya? Benarlah anda seorang tapi anda tidak bersendirian. Janji-Nya: "Barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup. Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga..." - surah at-Talaq ayat 2-3. Setiap ketentuan-Nya punyai sebab dan berhikmah. Yg pasti, Dia punyai perancangan yg lebih baik untuk kita. Hanya perlu berikan ruang dan peluang buat diri sendiri... (",)

Cerai

Perkongsian dari FB Puan Suzzana Ghazali.

Dari lipatan sejarah dan saya masih kekal ingatkan diri sendiri, tak mungkin semua orang menyukai saya atau menyukai apa yg saya lakukan atau kongsikan. Yg penting saya masih yakin, setiap tindakan saya kekal dalam redha Ilahi, izinkan Ya Allah!
-----------------------------------------------------------
Mesej ke inbox: "Tolong baca! Saya betul2 nak minta maaf. Saya kenal anda melalui kawan tapi sejak mengikuti FB anda (saya jarang2 online sebenarnya) bagi saya anda tak layak bergelar Perunding Psikologi Keluarga kerana anda sering bercakap tentang cerai dan cerai dan cerai. Kes2 yg anda kongsikan pun berakhir dengan perlu cerai. Bila dapat tau anda sendiri adalah ibu tunggal, saya makin benci kerana orang seperti anda dibenarkan mempengaruhi para isteri di Malaysia ini. Malah saya pernah doakan kecelakaan buat anda kerana menghancurkan perkahwinan orang lain. Baru2 ini kawan saya bincangkan satu perkongsian kes anda dan saya gunakan masa ini untuk luahkan kebencian saya pada anda. Kawan saya terkejut dan tunjukkan banyak hasil tulisan anda. Sukar nak percaya. Tapi semalam, bila saya online sahaja, kisah wanita berkahwin 28 tahun betul2 menambat jiwa saya. Saya sedar, saya salah tanggapan terhadap anda. Saya harap anda dapat maafkan saya! Tolong maafkan saya dan tolong rahsiakan ID saya!" - Syukur dia dah pesan suruh rahsiakan, kalau tak de pesanan, nak je saya perkenalkan rakan ini kepada rakan2 semua. Hahaha bergurau saja.

Jawapan saya: Anda berhak menganggap atau mengata saya apa saja. Saya tak boleh suruh atau paksa semua orang sukakan saya atau sukakan perkongsian saya. Cuma satu perkara yg perlu saya tegaskan, setiap perkongsian saya dalam mana2 slot ilmu yg saya dipanggil menjadi panelnya atau sesi bersama klien, saya tak kongsikan bersama emosi sebaliknya pada setiap sesi tersebut, saya usahakan untuk menyampaikan ilmu yg saya pelajari berdasarkan hukum syarak dan undang2 dan saya sentiasa berdoa agar saya tidak tergelincir daripada landasan tersebut. Ya, betul saya terlibat dalam perceraian tapi bukan semua kes saya suruh klien bercerai. Saya akui, ada kes memang saya cadangkan perceraian jika itu adalah tepat dan perlu menurut hukum syarak. Cerai bukan haram. Cerai bukan celaka. Cerai bukan malang dan cerai bukan impian semua orang. Ada rahsia dan hikmahnya di sebalik ketentuan Allah berhubung isu perceraian ini. Benarlah cerai Allah tak suka tapi yg pasti, ulama mentafsirkan 'abqhodu' dalam hadis yg dikelaskan sebagai hadis dhoif itu bukanlah dibenci. Jika dibenci, takkan Rasulullah SAW menceraikan isteri baginda sendiri? Maaf jika agak panjang. Anggap ia sebagai satu perkongsian, boleh juga satu luahan perasaan. Jangan bimbang, saya maafkan anda! Sedangkan Allah SWT mengampunkan hamba-Nya. Saya tak hebat sangat pun jika enggan memaafkan anda. Saya maafkan anda dengan sepenuh hati. Moga Dia berikan yg terbaik untuk kita dan kita sentiasa dalam redha-Nya.... (",)

Saturday, 18 February 2017

Alhamdulillah Syukur

Teks : Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah syukur, 15 Februari lalu genap usiaku 33 tahun. Tuhan masih beri peluang untuk aku meneruskan kehidupan di dunia fana ini. Berbaki usia menuju akhirat perlu terus memperbaiki diri ke arah kebaikan. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Terharu sungguh dengan ucapan doa dan ingatan daripada rakan-rakan FB, keluarga Ma dan abah.

“Selamat hari lahir kak long mogax kak long sentiasa ceria dgn likux hidup sebagai ibu tunggal dgn kerenah anakx yg sedang membesar abh dan ma sentiasa doakan kak long supaya berjaya dlm hidup dan kerjaya kak long amin” (ucapan abah)

Abah, memang sentiasa ingat tarikh lahir anak-anak, termasuk cucu-cucu beliau. Jika zaman sekolah dulu, setiap kali menyambut hari lahir, pasti abah akan hulurkan duit sebanyak RM50, sebagai tanda hadiah.  Dan pastinya aku beli buku dan simpan duit tersebut. Kini, doa dan ingatan sangat-sangat bermakna untuk aku. 

Sebenarnya ia juga melewati setahun aku sendiri. Beberapa tahun lepas ketika menyambut ulangtahun kelahiran, kenangan pahit yang tak mungkin dilupakan. 2 tahun lepas 15 Feb, dia memang tak ingat tarikh ini. Tapi pada tarikh inilah dia sanggup menumbuk muka aku, sehingga senget cermin mataku. Huhu.  walaupun begitu, masih lagi aku pakai buat beberapa tempoh masa, kerana tiada wang lebih untuk membetulkannnya.  Lebih berguna untuk kegunaan lain.  Ah, banyak lagi kisahnya.  Biarlah aku simpan sendiri.  Kerana dengan luahan adakala membuatkan aku jadi geram dan sakit hati.

Untuk mengelakkan sakit hati, lebih baik tidak usah fikirkan hal-hal lampaukan.  Aku sudah ada kehidupan kini, yang perlu diteruskan bersama anak-anak.  Owh ya, rupanya kad hasil tulisan tangan sendiri yang kakak mahu berikan kepadaku.  Patutlah beriya-beriya kakak bertanya tarikh lahirku.  Mungkin takut tersalah. He he he.  Terima kasih kakak dan adik.

Alhamdulillah terima kasih Allah untuk kehidupan hari ini dan semalam. Semoga yang baik-baik sahaja menyinari hidupku. Semoga Engkau sentiasa permudahkan apa juga urusan kehidupanku.

Wednesday, 15 February 2017

Berhati-hati Dengan Auto Debit Card

Teks : Anys Idayu Zakaria 


Tap tap tap, eh kenapa tak boleh buat pemindahan ni. Aku tersalah kira jumlah wang yang ada di akaun ke. Rasanye jumlah yang ada cukup, tapi kenapa boleh jadi kurang RM200. Fuh, cuak juga ni.  Tak pernah alami pengalaman seperti ini. Sudah. Ada kecurian dari akaun ke. Ok tenang tarik nafas. Tak perlu meroyan. Terus aku angkat telefon, hubungi CIMB. 

“Cik, saya nak minta tolong semak baki akaun saya. Macam ada kekurangan di situ.”

“RM200 dari akaun puan dipegang (dihold) untuk kegunaan petron.  Puan ada guna card ATM ke untuk isi minyak semalam”

“Ada cik.  Tapi tiada sebarang transaksi, kerana invalid.  Jadi saya guna wang tunai sahaja, tanpa ada sebarang pengeluaran dari CIMB”

“Baik puan.  Biasanya untuk penggunaan minyak seperti Petron,  CIMB akan pegang RM200. Katakan puan guna RM50 sahaja untuk minyak, apabila pihak Petron sudah buat potongan, jumlah RM150 bakinya akan kembali semula ke akaun pengguna.  Bagi kes puan, walaupun tiada sebarang transaksi, duitnya memang akan di “hold” dulu, selepas 3 hari bekerja baru akan masuk semula ke akaun bank puan.  Puan jangan risau.  Nanti 3 hari lagi puan semak semula samada sudah ada di akaun atau belum RM200 tersebut.”

“kalau begitu, saya tak perlu risau la kan.  Tak perlu buat apa-apa laporan betul?”

“Ya betul puan. Tak perlu risau.  Duit akan masuk semula ke akaun puan selepas 3 hari”

“Ok lah jika begitu, saya tunggu selepas 3 hari.  Nanti saya semak semula.  Terima kasih ya.”

Fuh legalah juga bila dengar penerangan pegawai bank itu.  Mahunya tak cuak beb. Duit tu. Lepas ni tak da la nak guna kad CIMB lagi secara autodebit.  Rela aku ambil tunai je.  Buatnya masa tu ada duit cukup-cukup aja dalam bank, mau menangis nanti bila nak guna.